Unit 4: Nifaq

3.4 Nifaq
 
Definisi Nifaq

Menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran.

Hukum Nifaq
  • Hukum nifaq adalah haram.
  • Allah SWT memberikan ancaman terhadap golongan munafik.
 
Maksud Munafik

Orang yang memiliki sifat nifaq.

Dalil

..إِنَّ ٱلْمُنَـٰفِقِينَ فِى ٱلدَّرْكِ ٱلْأَسْفَلِ مِنَ ٱلنَّارِ

(Surah An-Nisa' 4:145)

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah daripada lapisan neraka."

Nifaq Contoh
Nifaq Iktikad
  • Tidak beriman dengan ajaran Islam namun berpura-pura seperti beriman dengan-Nya.
Nifaq Amalan
  • Berdusta
  • Memungkiri janji
  • Khianati amanah
 
Faktor yang Mendorong kepada Nifaq
  • Haloba dengan keduniaan sehingga melakukan kezaliman.
  • Kurang bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah SWT.
  • Kelemahan iman kerana selalu melupakan Allah SWT.
  • Tidak jujur dan mudah melakukan khianat.
 
Perkara yang Menyebabkan Nifaq
  • Apabila berjanji dia mungkiri.
  • Apabila bercakap dia berdusta.
  • Apabila diberikan sesuatu amanah dia khianati.
 
Kesan Nifaq dalam Kehidupan
Individu
  • Hilang rakan dan taulan.
  • Dibenci masyarakat.
  • Sentiasa berada dalam keresahan dan ketakutan.
Keluarga
  • Hilang rasa kasih dan sayang.
  • Timbul perasaan curiga.
  • Tiada hormat-menghormati sesama anggota keluarga.
Masyarakat
  • Melemahkan perpaduan dan kesatuan.
  • Sentiasa berbalah dan bergaduh.
  • Hilang nilai dan akhlak masyarakat.
Negara
  • Berlaku jenayah, penindasan dan kezaliman.
  • Umat mundur dan lemah.
  • Mudah dikuasai dan dijajah.
 
Imej ini menunjukkan infografik dengan tajuk ‘Perkara Yang Menjauhi Nifaq.’ Terdapat lima langkah yang disenaraikan dalam kotak berwarna biru dan hijau: 1. Tingkatkan keimanan kepada Allah dengan berzikir, berdoa dan bertadabbur al-Quran. 2. Menambah ilmu agama dan beramal dengannya. 3. Memikirkan keburukan nifaq. 4. Sentiasa muhasabah diri. 5. Berakhlak mulia dan bersyukur kepada Allah SWT. Di sebelah kiri atas, terdapat logo ‘Pandai.’